Thursday, June 9, 2011

A fresh start..

Semua orang pun asyik bertanya aku perkara yang sama.Kenapa mesti berpindah ke Utara?
Well.

1)i'm deeply hurt & it was so painful until i can't stand it anymore.i've been very tired,like being beaten so badly.

2) i've got very good offer,a chance for me to do what I like the most.

3)I've been blessed with 2nd chance so i have to cherish this and return the kindness.

4) i want to be close to my home & my family

5)I wanted to start fresh,meeting with new people in my life.

That's all i can say.

Monday, May 23, 2011

Here come the lion..

This time i would like to challenge myself i suppose..

It's the time for me to do some brainstorming and all of its kind!

To whom it may concern: I already finish reading the book 'Keluarkan singa dari dalam diri anda'.

P.S. adakah singa suka makan coklat vochelle? :P

Saturday, May 21, 2011

Fikir2kanlah..

Sekiranya kamu tahu api boleh membakar,takkan kamu mahu berada dekat dengan api itu lagi,tentulah kamu akan menjauhkan diri daripadanya bukan?Itulah yg sy nak cuba sampaikan di sini.

Suatu ketika dahulu,sy pernah menghadapi krisis perhubungan dengan bekas teman lelaki sy,sy seperti digantung tidak bertali pada masa itu.Bekas teman lelaki sy mencadangkan,sy rase mungkin kita patut break untuk sementara waktu.Setelah mengambil masa untuk berfikir sy pun menjawab email beliau.Sy menjawab dengan ringkas dan padat,"Sy rase baik kita break up terus je dan jadi kawan sajelah".

Orang boleh menuduh sy membuat keputusan secara terburu2 tetapi sy memahami diri sy.Jika perkara tersebut berterusan membuat sy 'sakit' dan sy tidak nampak jalan penyelesaiannya,buat apa sy tunggu dan membuang masa sy lagi.

Jika seseorang itu hanya melihat kepentingan dan keadaan dirinya sahaja tanpa memahami keadaan yg seorang lagi,anda boleh mengenal pasti hubungan itu sebagai 'one sided'.Jadi adakah hubungan seperti itu yang anda inginkan?

Sy memahami diri sy jadi sy memutuskan untuk tidak mahu sakit lagi.Selepas break sy merasa lebih tenang dan dapat membuat perkara yg hendak sy buat selama ini.Walaupun tidaklah menjadi kawan baik tetapi kami masih berkawan hingga ke hari ini.

Sy pernah dikritik sebagai seorang yang 'streotype'.Maksud orang itu pada masa itu adalah baginya sy seorang yang jenis mengikut sahaja.Yes..yes.. jelah kot..Anyway, you think again! Untuk pengetahuan semua,sy adalah seorang yang tak suka di 'control'.The more you want to control me the more i would run away from you.Sy adalah seorang yg independent dan suka membuat sesuatu mengikut cara sy yang tersendiri,sy suka diberi kebebasan.Itu yg kadang2 orang tak faham sy.

Sy sebenarnya adalah seorang yg tak suka argue atau berbalah2 dan menyalurkan tenaga kepada perkara yang negatif seperti memekik dan menjerit2 menyuarakan ketidakpuasan dimana akhirnya orang itu akan berakhir dengan mengucapkan sesuatu yang tidak patut diucapkan.Bercakap banyak tetapi satu point apa pun tiada,bukankah membuang masa sahaja?

Sy seorang yang tidak suka cakap banyak,lebih2 lagi sampai melalut2 dan menyakitkan hati orang.If you want to see my disagreement you will see it through my action.For me, action speaks louder than words!

Sy tidak akan dapat meramal seseorang yang panas baran dan biasanya berkata2 mengikut perasaan dan bukan rasional.Seorang yg main cakap lepas je,bercakap banyak tp satu point pun tak nampak.Juga seorang yang lebih cenderung menggunakan kekerasan daripada cara perbincangan.Sekiranya sy cakap banyak dengan beliau,tidak mustahil sy boleh ditumbuk di depan2 orang ramai.

Apa yg sy rasa tidak munasabah lg ialah kecenderungan seseorang itu melihat dia sahaja yang betul tanpa pernah melihat dari sudut pandang orang lain.Sekurang-kurangnya cubalah mendengar apa yang orang mahu cerita sebelum membuat 'judgement' anda.Ini sy baru cakap sepatah,dia dah 5 patah dan cuba deny point yg sy cuba cakap.Juga tidak pernah minta maaf atas kesalahannya.Sekurang-kurangnya sy apabila terasa diri ini dah buat salah,sy akan minta maaf,yelah kita tak tahu benda yg kita buat tu mungkin menyakiti orang walaupun tiada niat berbuat begitu.Mungkin dilakukan tanpa disedari.Jadi silakanlah merendahkan ego anda dan minta maaf sajalah.

Juga bila dah tahu macam tu akan cuba tidak mengulangi kesilapan itu bukan?Ini asyik kita je yg salah,dia je yg betul.I'm bored already.Sy tahu orang seperti ini susah nak berubah.Tapi biarlah suatu hari dia fikir sendiri.Bila bekas suami,emak,teman lelaki & yg terbaru kawannya sendiri tinggalkan dia.Kenapa semua orang nak tinggalkan dia? Fikir2kanlah sendiri dan selamat beramal.hehehe..

Cumanya sy pernah ditanya suatu soalan.Are you a loyal person? Without hesitation,I said,yes I am.Sy sangat pasti dengan jawapan sy.Sy tidak pernah menceritakan keburukannya kepada orang sekeliling dia,at least kepada orang yang dia kenal,sy cuma pergi begitu sahaja.Malaslah nka cerita2,nanti orang banyak tanya.I don't like.Sy cuma menulis tentangnya di dalam blog ni yg sy rasa,tiada orang yang kenal dia disini.

Begitulah pengakhirannya.Sy mendoakan dari jauh semoga anda lebih tenang & rasional di masa hadapan ketika berdepan dengan masalah dan ketika cuba membuat penilaian.Di sini sy ingin tegaskan sy tidak pernah membenci seseorang itu,sy cuma membenci 'attitude' dan 'tindakan' seseorang itu sahaja.I'm quite a forgiven person.Sy boleh menerima seseorang itu kembali sekiranya 'attitude' beliau telah berubah.Membenci seseorang secara 'individually' bermakna kamu membenci dia secara keseluruhan,padahal masih ada sifat baik dalam dirinya.At least dia pernah menolong sy pada suatu ketika.That one i'll always appreciate..

Friday, May 20, 2011

A journey..

Lama sudah aku tak menulis di sini rasenye.
Terima kasih Tuhan,akhirya aku sudah menemui cara aku.
Kadang-kadang orang mungkin tak memahami aku.
Biar aku beritahu sedikit mengenai diri aku.
Sekiranya aku melihat sesuatu perkara itu tidak munasabah pada pandangan aku,maka aku tak akan layan perkara itu lagi.
Begitu juga sekiranya aku mendapati seseorang itu seperti sudah tidak munasabah,aku biasanya akan lari daripadanya.
Bukan bermakna aku betul2 bencikan seseorang itu,cumanya aku mahu melindungi diri aku dari 'dicederakan' oleh orang yang bagi aku sudah tidak munasabah itu.
Pada masa itu aku fikir aku tak akan dapat mengawal orang ini lagi,jadi biarlah dia dengan caranya.Perkara yang tak munasabah aku susah untuk menerima.
Kamu lebih mudah menjatuhkan hukuman sebelum mendengar cerita daripada saya.
Saya cuba membuka ruang komunikasi tapi kamu telah menutupnya..
Kamu fikir kamu menghukum sy tapi ketahuilah sebenarnya kamu telah menghukum diri kamu sendiri.Kamu tak beri peluang pun untuk diri sendiri.
Tiada memberi peluang kepada diri sendiri untuk berubah.
Sy percaya kamu tidak merasa gembira pun kan?
Sungguh kasihan ni,tapi maaf sy pun dah tak dapat nak menolong.
Hidup ini adalah tentang pilihan,jadi kamu telah membuat pilihan kamu,maka saya pun telah membuat pilihan saya juga..
Mungkin orang akan lihat sy sebagai orang yang mudah mengaku kalah
Walauapapun,saya tidak peduli..
Jika sy membalas balik perbuatannya,maka sy pun sama sepertinya juga.
Contohnya la kan;Dia buat sy balas,dia buat sy balas lg dan lg dan lg.
Jadi kamu fikirlah sampai bilakah perkara ini akan berakhir?
Sampai mati pun tak habis2..Bosan tak?
Macam membuang masa pun ya jugak macam tu..
Seperti yang saya kata tadi hidup ini adalah tentang pilihan.
Life is too short..
So why you want to complicate things?..
it's all about your choices..

Friday, November 19, 2010

Korban..

Sempena Hari Raya Korban ni aku ingin bercakap mengenai ‘pengorbanan’. Yang aku tahu aku telah berkorban 2 perkara yg penting bagi aku semata-mata untuk memperbetulkan keadaan & melindungi apa yg patut dilindungi.Aku terpaksa lepaskan 2 perkara itu,tiada pilihan lagi di masa itu.Disebabkan melepaskan 2 perkara itu aku terpaksa berdepan dengan kesan melepaskan dua perkara itu.Bukan mudah juga,hanya Tuhan & diriku saja yg tahu.Macam2 rasa aku rasa.Tapi orang kata setiap sesuatu yg berlaku tu ada hikmahnya.

Meskipun orang tak faham pengorbanan yg aku lakukan,aku redha melakukannya.Malah sekiranya hingga ke tahap ‘nyawa’ aku perlu diambil untuk perjuangan ini,aku rela. Aku rasa tiada sorang pun yg faham keadaan ini,sukar untuk diperjelaskan kepada umum.Tapi aku hanya sebgai hamba yg lemah,aku ada kelemahan aku sendiri.Perjuangan yg tiada org faham mungkin sekiranya perlu aku perlu berhijrah ke tempat yg org lebih memahami.

Tapi disebalik semua itu Tuhan telah bagi ‘sesuatu’ yg hari ini baru aku sedar aku memilikinya.Selama ini mungkin aku langsung tak menyedarinya.Tuhan telah ambil sesuatu dan memberi sesuatu yg lain.Mungkin sesuatu itu adalah yg terbaik untukku.Akan aku hargainya…

Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua…

Monday, November 15, 2010

Movies' Marathon..

Yesterday, I went for movies with my old friends. GSC now has been hosting the European Union Film Festival (EUFF) starting from 11th-21st Nov. The ticket only cost RM 5 for each movie. That’s the main factor for my movies’ marathon, the 1st time ever in my history.

The beauty from these films is it enlightens us about some life issues such as survival, friendship, true love and humanitarian. It brings us to life. I can see the other side of life from the director’s view. In other words, these movies somehow teach me a life lesson.

Forgiveness is somehow hard to give but if you give you actually forgive yourself. No one can help you on that. You must do it by your own and do it everyday. Someday you will succeed no matter how hard it takes to forgive someone.

Life is just series of event. Whatever happening in the event you have just to move on. Some people just don’t want to move, they stuck at their past It just make things difficult to you and other people. In some situation, one just needs help from people around them to make a move.

People say the best gift you can give to a friend is loyalty. But it is a bonus if you have a friend who always loyal to you, being with you in rain or shine to the extend that he/she might sacrifice for you his/her life if it necessary. You can see how loyal is Saidina Abu Bakar to Prophet Muhammad (PBUH).

True love goes beyond race,age and distance. You always want to be with your loved one. Even if your loved one leaves your first, you will not leave the place that he/she was buried. By living in their place is just like you still have part of he/she remains with you.

So many films, filming in different part of Europe, screening a story on what life has to offer to you. So just don’t miss it!

Wednesday, October 27, 2010

Suatu pengalaman..

Lama dah tak menulis di sini.Rasenye mahu menceritakan sedikit pengalaman baru ketika mengikuti program ESQ 165 (Emotional & Spritual Quotinent).Sebelum mengikuti program sy pun tak berapa faham program ESQ tu macammana,cuma pernah terbaca mengenai program tu & Dr. Ary Ginanjar Agustian dalam majalah Mingguan Wanita.Ramai orang telah mengikutinya.

Lalu sy pun bertanya pendapat kakak sy yg pernah mengikuti program.Dia kate tak ada salahnya kamu mengikuti program tu,pergi & rasai sendiri,kamu pasti boleh menilai sendiri samaada ia baik atau buruk.Melihatkan sahabat sy begitu bersungguh2 mahu sy merasainya sy pun bersetuju.Sy percayakannya.Fikir sy,pasti ada sesuatu yg istimewa.Sebagai seorang yg mempunyai daya ingin tahu yg tinggi,sy agak terbuka untuk apa2 input terbaru.

Pada hari pertama,sy pun datang dengan hati,minda jiwa yg terbuka.Dibuka seluas-luasnya.Tidak memikirkan apa2 kecuali apa yg ingin diisi di dalam sana nanti.Lagipun sy sedang bercuti,jadi tidak terikat dengan apa2 kerja pun.Akhirnya apabila masuk ke sana,sy diminta duduk di barisan hadapan sekali pula tu.Sy tenang saja & duduk di sebelah seorang akak yg sy fikir dia lebih tua daripada sy.Sy cuma tersenyum kepadanya.

Slot permulaan lebih kepada sesi pengenalan mengenai ESQ.Sepanjang training sy tak menulis ape2 pun.Sudah dinyatakan awal2 lagi,ini ialah experience training,jadi tak perlu menulis,cuma dengar & rasakan aja.Setelah 2 hari training sy dapat memahami apa yg ingin disampaikan di dalam ESQ training ini.Mesejnya cuma satu iaitu ingin mendekatkan diri kepada-Nya yg satu.Bagaimana mahu mendekatinya? Seseorang yg kita cintainya seharusnyalah kita mengetahui banyak perkara tentang-Nya barulah kita akan lebih mencintai-Nya.Through His Messenger,Prophet Muhammad (PBUH) & His Book,Al-Quranul Karim.

Sudahkah kita ketahui semua nama-nama-Nya & sifat-Nya.Sudahkah kita kaji kesemua kalam-Nya (Al-Quran).Untuk apa dia menciptakan bumi ini,tidak pernahkah kamu berfikir? Itu pertanyaan yg sy tanya diri sy.Tidak dijadikan kesemua ‘kehidupan’ ini kalau utk sia2 shj.

Justeru itu,jika diminta pendapat peribadi sy tentang ESQ itu sy berkata tiada apa salahnya jika sesiapapun nk mengikuti program ini.Setiap orang adalah ‘da’i’ (pendakwah) di mukabumi ini dan ESQ berdakwah dengan caranya yg tersendiri.Dia mengajak kita mentauhidkan Allah dan tidak mengajak kita menyekutukan-Nya dengan yg lain.Jadi sy tidak nampak ianya ada penyimpangan dari ajaran agama.

Tentang kononnya ia menyamakan Asmaul Husna & konsep Bushido orang Jepun.sy rasa tuduhan itu tidak tepat.Ia tidak menyamakan sama sekali sekadar membuat perbandingan.Jadi kita boleh lihat disitu selama ini di mana2 pun manusia menyukai & menyintai sifat Allah S.W.T itu sendiri.Manusia tercari2 sifat Allah itu.Manusia itu sendiri datang daripada Allah maka ia pasti sedikit sebanyak menyukai apa yg ada pada Allah.

Cuma ada satu sahaja slot dalam program ini yg membuat sy mungkin agak kurang selesa.slot yang ramai sangat orang menangis tu la kot.Itu ikut pada orangnya mungkin.Sy punya hanya seorang yang boleh menangis ketika sy bersolat,ketika hanya sy dgn Dia sahaja.Jika ada orang lain di sekeliling adalah susah bagi sy. Itu pun sy tidak akan menangis meratap.Cuma air mata sy bergenang & merasakan perasaan sebak yg amat sangat dalam dada.Perasaan yg amat hebat di dalam sana.Perlahan-lahan kamu pasti akan merasai kasih sayang Allah itu.Dia tidak akan terlihat secara zahirnya tetapi kamu merasai kehadiran-Nya.Setiap orang pasti mendambakan Pencipta-Nya.

Suatu saat di dalam hidup yg sy begitu sebak & sayu adalah ketika hari sy melakukan tawaf wida’,hari terakhir sy berada di Makkah.Ketika itu hampir waktu tengahari,sy menolak kerusi roda abah mengiringi emak & abah pulang selepas mengerjakan umrah buat kali terakhir.Ketika melalui Kaabah sy berjln dgn amat perlahan sekali,terasa amat sedih untuk meninggalkan Baitullah itu.Ketika sudah hampir hendak meninggalkan Kaabah itu,sy tetap berpaling untuk melihatnya buat kali terakhir.Ketika itulah air mata sy jatuh bergenang,terasa amat sebak.Jiwa sy bergetar.Mungkinkah sy akan dipanjangkan umur untuk menjadi tetamu Allah lagi?