Lama sudah aku tak menulis di sini rasenye.
Terima kasih Tuhan,akhirya aku sudah menemui cara aku.
Kadang-kadang orang mungkin tak memahami aku.
Biar aku beritahu sedikit mengenai diri aku.
Sekiranya aku melihat sesuatu perkara itu tidak munasabah pada pandangan aku,maka aku tak akan layan perkara itu lagi.
Begitu juga sekiranya aku mendapati seseorang itu seperti sudah tidak munasabah,aku biasanya akan lari daripadanya.
Bukan bermakna aku betul2 bencikan seseorang itu,cumanya aku mahu melindungi diri aku dari 'dicederakan' oleh orang yang bagi aku sudah tidak munasabah itu.
Pada masa itu aku fikir aku tak akan dapat mengawal orang ini lagi,jadi biarlah dia dengan caranya.Perkara yang tak munasabah aku susah untuk menerima.
Kamu lebih mudah menjatuhkan hukuman sebelum mendengar cerita daripada saya.
Saya cuba membuka ruang komunikasi tapi kamu telah menutupnya..
Kamu fikir kamu menghukum sy tapi ketahuilah sebenarnya kamu telah menghukum diri kamu sendiri.Kamu tak beri peluang pun untuk diri sendiri.
Tiada memberi peluang kepada diri sendiri untuk berubah.
Sy percaya kamu tidak merasa gembira pun kan?
Sungguh kasihan ni,tapi maaf sy pun dah tak dapat nak menolong.
Hidup ini adalah tentang pilihan,jadi kamu telah membuat pilihan kamu,maka saya pun telah membuat pilihan saya juga..
Mungkin orang akan lihat sy sebagai orang yang mudah mengaku kalah
Walauapapun,saya tidak peduli..
Jika sy membalas balik perbuatannya,maka sy pun sama sepertinya juga.
Contohnya la kan;Dia buat sy balas,dia buat sy balas lg dan lg dan lg.
Jadi kamu fikirlah sampai bilakah perkara ini akan berakhir?
Sampai mati pun tak habis2..Bosan tak?
Macam membuang masa pun ya jugak macam tu..
Seperti yang saya kata tadi hidup ini adalah tentang pilihan.
Life is too short..
So why you want to complicate things?..
it's all about your choices..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment