Eratkanlah Silaturrahim sesama muslim.
Silaturrahim (kasih sayang) akan membawa kebahagiaan bagi seseorang. Allah memberikan kemudahan rezeki dan melanjutkan usia seseorang yang melakukanya. Sebagaimana sabda Rasulullah saw;
" Barangsiapa yang ingin murah rezeki dan dilanjutkan umur (usianya) hendaklah ia menghubungkan silaturrahim"
- Riwayat Al Bukhary).
Bila terjalinnya silaturrahim urusan yang berkaitan sesama ahli keluarga dan sesama muslim akan berjalan lancar, mudah dengan berkat silaturrahim yang berjalan. Bila lancar , semua urusan pekerjaan menjadi mudah dan lancar, maka umur tak akan sia-sia.Usia dan umur pun dapat dipergunakan dengan sesuatu yang bermanafaat., dan selama waktu hidupnya dapat dimanafaatkan dengan sesuatu amal perbuatan yang berguna. Itulah yang dinamakan panjang umur! Kerana hakikat umur panjang ialah bagi mereka yang banyak amal perbuatan yang baik, yakni mereka yang menmanfaatkan umurnya dengan kebaikan.
Allah melarang memutuskan silaturrahim sesama islam kecuali uzur
syar'i.
Meghubungkan silaturrahim ialah dengan jalan hormat menghormati sesama kita muslim seperti hormat kepada tamu, hormat kepada jiran dan menjalinkan persaudaraan serta bebaik-baik terhadap ahli keluarga, dengan mengadakan hubungan ziarah menziarahi dengan niat untuk berkasih mesra atau bersilaturrahim terutama antara sesama saudara sekturunan (keluarga serumpun).
Elakkan perbezaan kedudukan kaya miskin itu menjadikan hubungan yang menunjukkan kesombongan atau kehinaan terhadap antara satu dengan yang lain. Di mana perlu jika terdapat saudara atau jiran ynag memerlukn pertolongan atau bantuan atau nasihat hendaklah kita menghulurkan apa juga bantuan sekadar yang mampu, bagi membantu kesulitan atau pendritaan yang sedang dihadapinya. Kita hendaklah bertolak ansur dan saling memaafkan di atas sebarang kesilapan tindakan atau kelakuan yang boleh memutuskan hubungan kasih sayang antara sesama muslim yang semestinya bersaudara di sisi Allah swt.
Allah swt paling benci kepada mereka yang memutuskan silaturrahiam. Sebagaimana sabda Rasulullah saw;
"Dua orang yang Allah swt tidak akan melihatnya (dengan rahmat) di Hari Qiamat (kerana murkanya);
1. Orang yang memutuskan silaturrahim dan,
2. Orang yang jahat terhadap jirannya"
Oleh itu kita hendaklah kita adakan silaturrahim yang baik, dan sekiranya berjauhan adakanlah selalu hubungann dengan surat menyurat atau sekarang ini alat telkomunikasi seperti telefon, e-mail dan seumpamaya.
Firman Allah swt dalam suarh AN-Nisa': 1;
"Wahai umat manusia, hendaklah kamu sekalian bertaqwa kepada Allah, yang telah menjadikan kamu sekalian (berasal) dari satu bapa (Adam) yang kemudian dijadikannya pula pasangannya , dari kedua jenis kelamin iaitu maka berkembang biaklah manusia di muka bumi ini lelaki da perempuan. Maka hendklah kamu takut kepada Allah yang kamu minta-meminta dengan namaNya, demikian juga hendaklah kamu jaga tali persaudaraan (silaturrahim). Allah selalu waspada tehadap kamu sekalian"
Abul Laits berkata:
"Jika seorang itu dekat dengan kerabatnya maka hubungan kerabat itu berupa hidayah-hidayah dan ziyarah, jika tidak dapat membantu dengan harta, maka cukup dengan tenaga, jika jauh maka hubunginya dengan surat menyurat dan jika dapat mendatangi maka itu lebih utama. Ketahuilah bahawa silaturrahim itu mengandungi sepuluh keuntungan iaitu:
Mendapat keridhaan Allah s.w.t. sebab Allah s.w.t. menyuruh silaturrahim
Menggembirakan mereka kerana ada hadis yang mengatakan bahawa seutama-utama amal ialah menyenangkan orang mikmin
Kegembiraan malaikat kerana malaikat senang dengan silaturrahim
Mendapat pujian kaum muslimin
Menjengkelkan iblis laknatullah
Menambah umur
Menjadi berkat rezekinya
Menyenangkan orang-orang yang telah mati kerana ayah dan nenek-nenek itu senang jika anak cucunya bersilaturrahim
Memupuk rasa cinta di kalangan kekeluargaan sehingga suka membantu bila memerlukan bantuan mereka
Bertambahnya pahala jika ia mati sebab selalu diingati kepadanya jika telah mati dan mendoakan kerana kebaikannya
Anas r.a berkata: "Tiga macam orang yang akan berada di bawah naungan Allah s.w.t. pada hari kiamat iaitu:
1. Orang yang menyambung hubungan kekeluargaan diberkati umurnya dan dilapangkan kuburnya dan rezekinya
2. Wanita yang ditinggal mati oleh suaminya dan ditinggali anak-anak yatim lalu dipeliharanya sehingga kaya mereka atau mati
3. Orang yang membuat makanan lalu mengundang anak-anak yatim dan orang-orang miskin
Al-Hasan berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dua langkah manusia yang disukai Allah s.w.t. ialah:
1. Langkah menuju sembahyang fardhu dan
2. Langkah menuju silaturrahim kepada kerabat yang mahram .
Lima macam siapa yang melaziminya bertambah hasanatnya
bagaikan bukit yang besar dan dilapangkan rezekinya iaitu:
1. Siapa yang selalu sedekah sedikit atau banyak
2. Orang yang menghubungi kerabat
3. Orang yang selalu berjuang untuk menegakkan agama Allah s.w.t.
4. Orang yang selalu berwuduk dan tidak memboros penggunaan air
5. Orang yang tetap taat kepada kedua ibu bapanya
Semoga Allah menjadikan kita orang yang sentiasa berbuat baik dengan mengertakan hubungan silaturrahim sesama kita, ahli keluarga, jiran dan saudara sesama muslim seagama.
" Menghubungkan Silaturrahim " atau tali persaudaraan dan kekeluargaan. Silah = maknanya hubungan, Ar-Rahim maknanya pertalian manusia dari segi keturunan dan disebut juga kerabat atau keluarga.
Allah subhanahua ta’ala mewajibkan kepada kita semua untuk menghubungkan silaturrahim dan mengharamkan, memutuskannya dan menyuruh supaya sentiasa berbuat baik dan tolong-menolong dalam perkara-perkara kebaikan kepada semua manusia terutama kepada yang ada hubungan kekeluargaan ataupun kerabat .
Firman Allah di didalam surah An-Nisa’ ayat 36 :
Ertinya :
" Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan jangan kamu sekutukan dia dengan sesuatu pun jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu-bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri "
Menghubungkan silaturrahim ialah berbuat baik kepada semua yang ada pertalian kekeluargaan di antara kita. Bersegeralah menolong dan membantu mereka jika mereka memerlukannya dan jagalah perasaan mereka dengan sikap lemah lembut. Juga cintailah mereka dan berilah nasihat dan tolonglah mereka dalam segala masalah yang sedang mereka hadapi.
Dahulukanlah mereka dalam setiap perbuatan yang baik seperti dalam pemberian sedeqah, hidayah - dari orang lain di atas dasar silaturrahim. Sabda nabi s.a.w yang maksudnya :
" Sedeqah kepada orang miskin mendapat pahala sedeqah sahaja sedangkan kepada yang ada hubungan keluarga mendapat dua pahala iaitu pahala sedeqah dan pahala menghubungkan silaturrahim ".
Menjadi kewajipan setiap muslim untuk berlaku baik dan mengambil berat kepada semua yang ada hubungan kekeluargaan & dan inilah yang disebut
menghubungkan silaturrahim sama ada hubungan pertalian darah atau pernikahan umpama kelurga sebelah isteri atau suami. Menghubungkan silaturrahim ini diutamakan kepada keluarga yang ada keretakan. Hubungkanlah silaturrahim dengan mereka & lupakan kebencian dan padamkan api dendam & berlaku baik dan tunjukkan kasih sayang kepada mereka.
Allah subhanahua ta'ala berfirman di dalam surah Fussilat ayat 34
Ertinya :
" Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik apabila engkau berlaku yang demikian maka orang yang merasa permusuhan terhadapmu dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib."
Telah diriwayatkan di dalam hadis nabi s.a.w. , seorang sahabat bertanya kepada nabi (s.a.w.) : " Sesungguhnya saya mempunyai keluarga & saya menghubungkan silaturrahim dengan mereka tetapi mereka memutuskannya & saya berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berbuat jahat kepada saya & saya memaafkan mereka tetapi mereka berlaku zalim terhadap saya. Bolehkah saya buat sebagaimana yang mereka buat ". Sabda nabi s.a.w. Tidak boleh dan jika kamu buat yang demikian bererti kamu juga telah memutuskan silaturrahim dengan mereka. Tetapi bersikap mulialah terhadap mereka dan teruskanlah menghubungkan silaturrahim dengan mereka kerana sesungguhnya pertolongan Allah sentiasa bersama kamu selagi kamu berbuat yang demikian.
Hubungkanlah silaturrahim dan jangan sekali-kali memutuskannya bersabarlah terhadap perbuatan yang menyakitkan & berbuat baiklah kepada yang berbuat jahat kepada kamu & bergaullah bersama mereka dengan akhlak yang mulia semoga kita semua beroleh kemenangan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment