Monday, September 20, 2010

Cerita Ramadhan & Syawal 5

Perginya seorang beauty Queen



Hari raya yg ke 3,pagi2 lagi sudah dikejutkan dengan berita pembunuhan kejam Dato’ S seorang jutawan kosmetik.Kakak aku yg kecoh2 bagitau kt berita TV ada pasal pembunuhan Dato’ S.Oh my God,I don’t expect the mystery of her being missing end in the most tragic way.

Walaupun aku tak mengenali pun Dato S tu tapi aku sgt bersimpati dengan apa yg menimpanya dan berasa satu kehilangan kepada negara sebenarnya.Seorang lagi ahli perniagaan Melayu yg berjaya bergelar Jutawan sudah tiada.Suatu kehilangan besar bagi industri kosmetik.

Aku berasakan penjenayah tu sgt kejam,kenapa mahu membunuh org dgn cara yg begitu kejam.Dipukul sehingga mati & kemudian dibakar? Pembunuh seolah2 tiada sifat kemanusiaan.Bayangkanlah bagaimana beliau dan 3 yg lain menanggung seksaan sebelum menemui ajal.Pastinya sgt terseksa.Kejadian ini pula berlaku di bulan suci,bulan Ramadhan ketika beberapa hari je lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri.Pastinya sgt sadis & tragis buat keluarga mangsa.

Keluarga langsung tidak dapat menatap jenazah arwah buat kali terakhir.Hari raya yg sepatutnya disambut gembira bertukar tragedi yg pasti takkan dilupakan sepanjang hayat.Pastinya ini suatu realiti yg sgt pahit untuk ditelan keluarga mangsa.Pembunuh seolah2 seperti tiada perasaan belas kasihan & hanya dibayangi sifat haloba & tamakkan wang ringgit.

Money is not everything.By hurting people you actually hurting yourself.Seorang professional & berpendidikan tinggi tapi tak boleh nampak kesan perbuatannya kepada diri sendiri,keluarga & masyarakat.Paling2 pembunuhan begini hukumannya ialah gantung sampai mati.Membiarkan perjalanan hidup yg masih panjang sebenarnya berakhir begitu saja.Nama yg buruk juga ditinggalkan.

Keluarga juga terpaksa menanggung malu dikenali sebagai saudara kepada pembunuh kejam.Bayangkan perasaan anak tertuduh apabila orang ramai hanya mengenalinya sebagai anak samseng & pembunuh kejam.Tidak dapat melihat anak membesar & bahagia bersama pasangan masing2.Banyak perkara yg pastinya mereka akan kehilangan dalam hidup mereka.

Nikmat kemewahan wang ringgit hanya dapat dikecapi buat sementara tapi keluarga tertuduh terpaksa menderita sepanjang hayat.What goes around comes around.Dia menyakiti anak orang lain tapi anaknya sendiri pasti lebih menderita.Hukum karma pasti berlaku.Berani buat beranilah tanggung!

No comments: