Friday, November 19, 2010

Korban..

Sempena Hari Raya Korban ni aku ingin bercakap mengenai ‘pengorbanan’. Yang aku tahu aku telah berkorban 2 perkara yg penting bagi aku semata-mata untuk memperbetulkan keadaan & melindungi apa yg patut dilindungi.Aku terpaksa lepaskan 2 perkara itu,tiada pilihan lagi di masa itu.Disebabkan melepaskan 2 perkara itu aku terpaksa berdepan dengan kesan melepaskan dua perkara itu.Bukan mudah juga,hanya Tuhan & diriku saja yg tahu.Macam2 rasa aku rasa.Tapi orang kata setiap sesuatu yg berlaku tu ada hikmahnya.

Meskipun orang tak faham pengorbanan yg aku lakukan,aku redha melakukannya.Malah sekiranya hingga ke tahap ‘nyawa’ aku perlu diambil untuk perjuangan ini,aku rela. Aku rasa tiada sorang pun yg faham keadaan ini,sukar untuk diperjelaskan kepada umum.Tapi aku hanya sebgai hamba yg lemah,aku ada kelemahan aku sendiri.Perjuangan yg tiada org faham mungkin sekiranya perlu aku perlu berhijrah ke tempat yg org lebih memahami.

Tapi disebalik semua itu Tuhan telah bagi ‘sesuatu’ yg hari ini baru aku sedar aku memilikinya.Selama ini mungkin aku langsung tak menyedarinya.Tuhan telah ambil sesuatu dan memberi sesuatu yg lain.Mungkin sesuatu itu adalah yg terbaik untukku.Akan aku hargainya…

Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua…

No comments: