Wednesday, September 22, 2010

Bermula sesuatu yg baru..

Orang kate sekiranya sesuatu yg ada pada kita telah berhenti @ hilang maka ketahuilah sesuatu yg baru juga pasti bermula.I’m just about to find out what had been lost in my life & the opposite of it,what has just begin.I’m ready for it..

Tuesday, September 21, 2010

Cerita Ramadhan & Syawal 8

Salam Lebaran Dari Kejauhan

Sampai je kt Maluri on the way nak beli tiket,seorang yg aku sgt2 tak sangka2 akan telefon tiba2 menelefon aku.Aku agak tersentak bila tengok namanya kt skrin hp aku.Ada apakah2 ni,aku dah jadi risau pulak.Dalam masa yg sama aku serba salah nak angkat ke taknak angkat.Last2 aku angkat juga sebab takut ade hal emergency atau ape2 yg berlaku.

Dia cakap aku sgt sombong sekarang sebab dah lama tak bertanya khabar dia.Merungut dia kat aku.Aku cuma banyak dengar dia cakap je daripada aku bercakap,aku tak tahu nak cakap apeBukan aku taknak tanya khabar,tapi aku sgt risau sekiranya perbuatan aku tu bakal mengundang satu lagi masalah.Aku tak suka cari pasal & menimbulkan masalah kpd orang.

Sebenarnya aku rasa sgt sedih & bersalah selepas dia menelefon tu.Dia ajak datang rumah beraya,dia cakap pintu rumah dia sentiasa terbuka untuk aku,Aku iya2kan aje ape yg dia cakap tapi aku tahu aku memang tak dapat pegi ke rumah dia pun.So aku pun dah mintak maaf siap2 atas salah & silap aku sebab aku tahu aku takkan dapat berjumpa dia walau sebanyak mana pun aku rindu nak dengar dia berceloteh.Dia cakap dia dah maafkan walau ape jua kesalahan aku terhadap dia tanpa mengetahui aku ni bakal melakukan satu kesalahan terhadap dia.

Sangat2 mintak maaf,tiada daya untuk berbuat ape2.Maaf,aku tiada pilihan.Then aku terpaksa putuskan talian sebab aku nak beli tiket tren.Sepanjang di dalam tren tu aku berasa sebak je tapi aku cuma menahan.Sedih sebab terpaksa mengabaikan orang yg pernah berbuat baik pada aku.Aku masih kenangkan budi baik dia terhadap aku.M**** kalau ada rezeki suatu hari pasti kita akan pasti bertemu lagi.Luna tak pernah lupakan m****.Semoga m**** sentiasa sihat & gembira.Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari kejauhan.

Monday, September 20, 2010

Cerita Ramadhan & Syawal 5

Perginya seorang beauty Queen



Hari raya yg ke 3,pagi2 lagi sudah dikejutkan dengan berita pembunuhan kejam Dato’ S seorang jutawan kosmetik.Kakak aku yg kecoh2 bagitau kt berita TV ada pasal pembunuhan Dato’ S.Oh my God,I don’t expect the mystery of her being missing end in the most tragic way.

Walaupun aku tak mengenali pun Dato S tu tapi aku sgt bersimpati dengan apa yg menimpanya dan berasa satu kehilangan kepada negara sebenarnya.Seorang lagi ahli perniagaan Melayu yg berjaya bergelar Jutawan sudah tiada.Suatu kehilangan besar bagi industri kosmetik.

Aku berasakan penjenayah tu sgt kejam,kenapa mahu membunuh org dgn cara yg begitu kejam.Dipukul sehingga mati & kemudian dibakar? Pembunuh seolah2 tiada sifat kemanusiaan.Bayangkanlah bagaimana beliau dan 3 yg lain menanggung seksaan sebelum menemui ajal.Pastinya sgt terseksa.Kejadian ini pula berlaku di bulan suci,bulan Ramadhan ketika beberapa hari je lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri.Pastinya sgt sadis & tragis buat keluarga mangsa.

Keluarga langsung tidak dapat menatap jenazah arwah buat kali terakhir.Hari raya yg sepatutnya disambut gembira bertukar tragedi yg pasti takkan dilupakan sepanjang hayat.Pastinya ini suatu realiti yg sgt pahit untuk ditelan keluarga mangsa.Pembunuh seolah2 seperti tiada perasaan belas kasihan & hanya dibayangi sifat haloba & tamakkan wang ringgit.

Money is not everything.By hurting people you actually hurting yourself.Seorang professional & berpendidikan tinggi tapi tak boleh nampak kesan perbuatannya kepada diri sendiri,keluarga & masyarakat.Paling2 pembunuhan begini hukumannya ialah gantung sampai mati.Membiarkan perjalanan hidup yg masih panjang sebenarnya berakhir begitu saja.Nama yg buruk juga ditinggalkan.

Keluarga juga terpaksa menanggung malu dikenali sebagai saudara kepada pembunuh kejam.Bayangkan perasaan anak tertuduh apabila orang ramai hanya mengenalinya sebagai anak samseng & pembunuh kejam.Tidak dapat melihat anak membesar & bahagia bersama pasangan masing2.Banyak perkara yg pastinya mereka akan kehilangan dalam hidup mereka.

Nikmat kemewahan wang ringgit hanya dapat dikecapi buat sementara tapi keluarga tertuduh terpaksa menderita sepanjang hayat.What goes around comes around.Dia menyakiti anak orang lain tapi anaknya sendiri pasti lebih menderita.Hukum karma pasti berlaku.Berani buat beranilah tanggung!

Friday, September 17, 2010

Cerita Ramadhan & Syawal 3

Hari menikmati juadah raya kegermaran aku sepuas2nya..

Ketika Syawal hampir menjelma,dalam hati aku berkata kenapa cepat sgt dah nak raya.Biarlah lambat lagi,aku belum bersedia lagi nak raya.Aku masih mahu menikmati bulan puasa.Aku sgt suka bulan puasa,ada sesuatu di bulan ini yg sgt istimewa.Suasananya adalah berbeza daripada bulan lain.

Seperti biasa di hari raya,aku bangun awal mandi sunat hari raya.Bersiap pakai baju & menikmati juadah raya bersama keluarga.Kemudiannya kami sekeluarga pergi sembahyang hari raya di surau berhampiran rumah aku.Tahun ni masih giliran abah mengimamkan solat sunat aidilfitri.Selesai solat kami sekeluarga menziarahi kubur arwah atuk & nenek sambil menyedekahkan bacaan al-Quran kepada mereka.Inilah rutin aku setiap kali raya.Suatu hari pun aku pasti akan mengikut jejak mereka di sana.

Balik ke rumah sepupu2 aku bersama suami &anak2 dtg beraya di rumah.Masanya utk memberi duit raya kpd anak2 sedara nih,anak2 sepupu aku pun dkira seperti anak sedara jugaklah.Diaorg pun panggil aku makcik.Kebetulan kakak aku beli kamera DSLR yg baru,ape lagi pulunlah aku mengambil gambar.Mengasah skill mengambil gambar nih,maklumlah dah ade beberapa org tok guru.Hahaha..Foto tu adalah satu kenangan bagi aku,jadi kita patut mengabadikan kenangan tu bersama2.

Kemudian aku pegi beraya ke rumah makcik aku,sebelah rumah je.Aku tak berapa gemar mkn kuih raya,yg aku banyak makan kerepek pisang je & ketupat2.Entah kenapa kepala aku sakit pulak di hari raya ni,jadi kemudiannya duduk saja baring kat rumah.

Petang tu mak ajak g rumah Tok Ngah kt Sg Baru,jadi gagahkan diri jugak la pergi.Ketika aku masih kanak2 setiap kali raya aku pasti akan mengayuh basikal ke rumah nenek di Sg Baru,hanya seberang jln rumah Tok Ngah je.Kini nenek pun dah tiada,hanya tinggal rumahnye je sbg kenangan tempat permainan aku ketika kecil.Teringat pula kpd arwah nenek aku, ketika hari raya dia pasti akan meyediakan tapai yg juga merupakan kegemaran aku.Sgt berjiwa org Banjar nih,or g Banjar setiap kali raya tapai adalah hidangan wajib.Dodol bukan hidangan wajib.

Arwah nenek sebelah abah pula hidangan wajib setiap kali raya adalah kuih lopeh yg merupakan kegemaran aku juga.Itu makanan tradisi famili setiap kali raya, tapi nampaknya mak pun tak menyambung tradisi ni.Aku lagilah memang sgt tak reti pun buat tapai & kuih lopeh ni.Mungkin satu hari aku patut belajar.Satu jenis kuih org Banjar yg aku sgt teringin belajar nak buat adalah ‘wadai kiping’.Sgt suka makan wadai ni.Dalam bhs org Banjar,wadai tu bermaksud kuih.

Kemudian,malamnya tu layan jelah anak2 sedara aku main bunga api & mercun.Aku pun tumpang main bunga ape sebatang dua. Esoknya pula nk bersiap sedia menyambut kunjungan 2 tetamu ke rumah.

Cerita Ramadhan & Syawal 2

Popia..dimana kan ku cari ganti...



Esoknye,aku dah merancang ni nak pegi Bazar Ramadhan nyg dekat Sg Acheh,Png.Berangan2 nak beli popia lagi.I’m so damn craving for the food.Sg Acheh tu takdela dekat dgn rumah aku pun,dh masuk negeri Pulau Pinang dah.Situ je yg aku tahu Bazar Ramadhan yg besar sikit.Lagipun dah hari terakhir Ramadhan org pun dah tak byk sgt berjual2 makanan dah.Jadi aku kena pegi jauh sikit utk cari bazaar y byk pilihan sikit.Dekat pekan area rumah aku mmg tak banyak jenis makanan pun g dia jual.

Emak & kak long aku dah membebel,apela yg nak pegi jauh2 sgt.Nak cari ape sgt.Kat rumah pun byk makanan kate diaorg.Mmg la byk makanan kt rumah tapi popia goreng tak ade.Untuk pengetahuan la kan,aku ni adalah sejenis seorang yg kalau nk makan sesuatu tu,aku akan cari sampai dapat no matter what it takes.Nantilah aku cerita bagaimana pada suatu tahun semasa raya aku bersusah payah mencari kerang utk dibuat rendang.

Jadi aku pun naiklah motor dengan anak sedara aku si atiq tu ke bazaar di Sg Acheh tu.Saje ajak dia teman aku,dia nak saja ikut aku.Aku upah dia ayam percik.Hari ni pun menerima nasib yg sama juga.Sempat makan seketul gak,yg lain habis dimakan famili aku.Takkanlah aku nak begitu selfish sampai sorokkan kuih tu utk aku mkn sorang je.Takpelah,mungkin ade rezeki lagi mo mkan popia.Aku rase maybe aku jer yg patut belajar buat kuih tu kot.Huhu..

Cerita Ramadhan & Syawal 1

Popia..Alahai Popia



Aku pulang ke kampung 2 hari sebelum hari raya,pada 29hb Ramadhan.Sudah 3 tahun rasenye aku tak naik bas pulang berhari raya.Tapi tahun ini pulang naik bas,tiket pun sudah beli awal2 lagi.Aku terasa malas nak memandu & meninggalkan cik silver tu kt KL je.Cik silver tu masih belum dihantar buat pemeriksaan,jadi aku cuma tak nak ada masalah je ketika perjalanan.

Sampai je kat Parit Buntar Abg Long & Kak Long jemput aku,si kecil Nawal Syifa tu pun ada.Si kecik tu kalau nampak aku apelagi,melekat dgn aku jela.Sangat manja dengan aku,kalau berjln tu tak nak lepas tgn aku langsung.Kemudian kami pegi Bazar Ramadhan di Bgn Serai.Si kecik tu pun tau je cari peluang,sempat pau aku minta belikan donat coklat yg dihias cantik tu.Aku cuma beli donut fav aku je kuih keria(donut ubi kayu).Huhuhu..

Tahu tak ape benda yg paling aku cari sebenarnya kat bazaar tu? Apelagi,mestilah popia goreng.Popia kt kl ni semua mmg tak sama rasenye dgn style popia area tmpt aku.Aku mmg sgt2 suka popia ni.Memang yg ni jelah idaman hati aku,makanan yg lain tu mmg aku tak berapa hairan.Dengan penuh kesungguhan & keterujaan mata aku meliar je mencari popia goreng yg sungguh menyelerakan ituAku rase mmg dh kepingin sgt nk mkn popia goreng yg sedap.Akhinrya dpt juga, aku pun belilah RM 2 popia tu bersamaan dgn 7 ketul.

Tapi disebabkan popia tu sgt sedap semasa berbuka tu juga habis ketujuh2 ketul tu.Aku Cuma sempat rase seketul je.Aku baru je berangan nk ulang2 mkn popia.Ayoyoyo..sejak bila la pulak famili aku ni suka mkn popia? Tak tau la plak den.Adoi laaa..Kuih lain berlambak2 lagi ada,tapi popia aku memang licin terus.Tapi dpt rase satu jadilah buat menghilangkan kerinduan nk mkn popia yg sedap.

Friday, September 3, 2010

F For FAITH..

1. F for FAITH

2. F for FUN

3. F for FEARLESS

4. F for FIGHTER

5. F for FREEDOM

6. F for FRIEND

7. F for FAMILY

8. F for FAIR

9. F for FIRM

10. F for FOOTBALL

11. F for FRANKNESS

12. F for FOODIE

13. F for FRONT

14. F for FORMIDABLE

15. F for FOND

16. F for FLEXIBLE