Friday, October 1, 2010

Mimpi oh mimpi..

Inilah mimpi aku beberapa hari yg lepas,aku pun tak tahu ape maksud mimpi aku tu.Aku pada masa tu tengah makan laksa sorang2 di suatu kedai makan.Rasenye kedai makan ni aku tak pernah pegi lagi sebelum ni.

Tiba2 ade la sorang minah ni dgn selambanya pegi kat aku & tanya kat mane aku order laksa ni.Kedai ni agak luas,ada banyak section & gerai2 kat dalam tu.Dia bukan setakat tanya dekat mana aku beli order malah ajak aku tunjuk gerai tu dekat mana.Dalam hati aku ni selambanya orang ni,dah la aku tak kenal dia pas tu dgn selambanya dia tarik aku ajak teman dia beli laksa tu.

Yela,dia bukannya kawan aku pun,terkejut gak aku waktu tu dgn kelakuan minah ni.Tapi aku ni jenis yg mudah berkawan & friendly,juga seorang yg agak sopan jadi aku pun takdela cakap ape then cuba bersikap ‘helpful’ terhadap minah ni.So aku pun ikut je rentak dia ni.

Dah beli laksa tu,kami pun makan la bersama2 laksa tu.Then dia nampak aku bawak kamera.Aku cakap la aku suka ambil gambar.Dia nampaknya sgt berminat dengan kamera tu.Dengan selambanya gak dia belek2 kamera & try ambil gambar.Lagaknya tu mcm seolah2 dia tu kawan lama aku je.Aku diamkan je & tengok je kelaku minah ni.

Then bila dah lepas makan tu kami pun jln2 ambil gambar bersama2.Aku ambil gambar dia,dia amik gambar aku.Tapi kami berdua ni sama2 tak reti sgt pun.Agak seksa la nak amik angle yg bagus,terkial2.Ade sekali tu sampai dah nak terjatuh sbb shoot kat tempat yg tinggi.Hahahaha…Sungguh memalukan je.

Tengah kami dok sibuk amik2 gamba tu tiba2 la muncul seorang pakcik dari jln yg dekat2 situ ,dia cam kesian tengok kami dok terkial2 amik gambar tu.Dia kemudiannya interview kami pasal kamera2 ni.Pakcik ni pun kebetulannya adalah seorang photographer.Kemudian dia pun ajar kami sikit2 cara amik gambar.Tengah dia dok ajar2 tu tiba2 aku dah terjaga dari tidur,so setakat tu jelah mimpi aku.

Tapi tula wonder gak apela maksud mimpi aku tu.Kedai yg aku makan dalam mimpi tu mmg aku rase aku belum pernah pegi & tengok lagi di mana2.Minah yg dalam mimpi tu pun bukannya kawan aku,aku tak kenal langsung & aku tak pernah tengok dia di mana2.

Dari gambarannya dia seorang yg tinggi, kurus & freehair.Seorang yg keletah & sgt banyak cakap & jenis yg agak selamba.Dia mcm akak la,lebih tua dari aku sikit.Pakcik yg dalam mimpi aku tu pun aku tak pernah jumpa & tak menyerupai sape2 yg aku kenal rasenye.Yg aku ingat dia cuma pakai t-shirt berkolar kaler putih.Entah la maybe setakat mainan tidur aku je kot.

Ohohohoho..aku rase sempena musim raya ni mmg sgt letih la nak memenuhi undangan open house semua orang.Aku select2 je la kot.Bayangkan jela,esok je dah ade 7 jemputan.Takkan nak kena kerat badan ni sampai 7 kot.Ari ahad pun boleh tahan,ade 5 undangan.Hajat di hati kalau boleh nak gi kesemuanya tapi kenalah berpijak di bumi yg nyata,memang tak sempat.Terpaksa pilih mana yg dekat & orang yg rumah dia aku wajib pegi je.Raya oh raye…ade 8 hari lagi bulan Syawal..

No comments: