Wednesday, October 27, 2010

Suatu pengalaman..

Lama dah tak menulis di sini.Rasenye mahu menceritakan sedikit pengalaman baru ketika mengikuti program ESQ 165 (Emotional & Spritual Quotinent).Sebelum mengikuti program sy pun tak berapa faham program ESQ tu macammana,cuma pernah terbaca mengenai program tu & Dr. Ary Ginanjar Agustian dalam majalah Mingguan Wanita.Ramai orang telah mengikutinya.

Lalu sy pun bertanya pendapat kakak sy yg pernah mengikuti program.Dia kate tak ada salahnya kamu mengikuti program tu,pergi & rasai sendiri,kamu pasti boleh menilai sendiri samaada ia baik atau buruk.Melihatkan sahabat sy begitu bersungguh2 mahu sy merasainya sy pun bersetuju.Sy percayakannya.Fikir sy,pasti ada sesuatu yg istimewa.Sebagai seorang yg mempunyai daya ingin tahu yg tinggi,sy agak terbuka untuk apa2 input terbaru.

Pada hari pertama,sy pun datang dengan hati,minda jiwa yg terbuka.Dibuka seluas-luasnya.Tidak memikirkan apa2 kecuali apa yg ingin diisi di dalam sana nanti.Lagipun sy sedang bercuti,jadi tidak terikat dengan apa2 kerja pun.Akhirnya apabila masuk ke sana,sy diminta duduk di barisan hadapan sekali pula tu.Sy tenang saja & duduk di sebelah seorang akak yg sy fikir dia lebih tua daripada sy.Sy cuma tersenyum kepadanya.

Slot permulaan lebih kepada sesi pengenalan mengenai ESQ.Sepanjang training sy tak menulis ape2 pun.Sudah dinyatakan awal2 lagi,ini ialah experience training,jadi tak perlu menulis,cuma dengar & rasakan aja.Setelah 2 hari training sy dapat memahami apa yg ingin disampaikan di dalam ESQ training ini.Mesejnya cuma satu iaitu ingin mendekatkan diri kepada-Nya yg satu.Bagaimana mahu mendekatinya? Seseorang yg kita cintainya seharusnyalah kita mengetahui banyak perkara tentang-Nya barulah kita akan lebih mencintai-Nya.Through His Messenger,Prophet Muhammad (PBUH) & His Book,Al-Quranul Karim.

Sudahkah kita ketahui semua nama-nama-Nya & sifat-Nya.Sudahkah kita kaji kesemua kalam-Nya (Al-Quran).Untuk apa dia menciptakan bumi ini,tidak pernahkah kamu berfikir? Itu pertanyaan yg sy tanya diri sy.Tidak dijadikan kesemua ‘kehidupan’ ini kalau utk sia2 shj.

Justeru itu,jika diminta pendapat peribadi sy tentang ESQ itu sy berkata tiada apa salahnya jika sesiapapun nk mengikuti program ini.Setiap orang adalah ‘da’i’ (pendakwah) di mukabumi ini dan ESQ berdakwah dengan caranya yg tersendiri.Dia mengajak kita mentauhidkan Allah dan tidak mengajak kita menyekutukan-Nya dengan yg lain.Jadi sy tidak nampak ianya ada penyimpangan dari ajaran agama.

Tentang kononnya ia menyamakan Asmaul Husna & konsep Bushido orang Jepun.sy rasa tuduhan itu tidak tepat.Ia tidak menyamakan sama sekali sekadar membuat perbandingan.Jadi kita boleh lihat disitu selama ini di mana2 pun manusia menyukai & menyintai sifat Allah S.W.T itu sendiri.Manusia tercari2 sifat Allah itu.Manusia itu sendiri datang daripada Allah maka ia pasti sedikit sebanyak menyukai apa yg ada pada Allah.

Cuma ada satu sahaja slot dalam program ini yg membuat sy mungkin agak kurang selesa.slot yang ramai sangat orang menangis tu la kot.Itu ikut pada orangnya mungkin.Sy punya hanya seorang yang boleh menangis ketika sy bersolat,ketika hanya sy dgn Dia sahaja.Jika ada orang lain di sekeliling adalah susah bagi sy. Itu pun sy tidak akan menangis meratap.Cuma air mata sy bergenang & merasakan perasaan sebak yg amat sangat dalam dada.Perasaan yg amat hebat di dalam sana.Perlahan-lahan kamu pasti akan merasai kasih sayang Allah itu.Dia tidak akan terlihat secara zahirnya tetapi kamu merasai kehadiran-Nya.Setiap orang pasti mendambakan Pencipta-Nya.

Suatu saat di dalam hidup yg sy begitu sebak & sayu adalah ketika hari sy melakukan tawaf wida’,hari terakhir sy berada di Makkah.Ketika itu hampir waktu tengahari,sy menolak kerusi roda abah mengiringi emak & abah pulang selepas mengerjakan umrah buat kali terakhir.Ketika melalui Kaabah sy berjln dgn amat perlahan sekali,terasa amat sedih untuk meninggalkan Baitullah itu.Ketika sudah hampir hendak meninggalkan Kaabah itu,sy tetap berpaling untuk melihatnya buat kali terakhir.Ketika itulah air mata sy jatuh bergenang,terasa amat sebak.Jiwa sy bergetar.Mungkinkah sy akan dipanjangkan umur untuk menjadi tetamu Allah lagi?

No comments: