Friday, July 16, 2010

Bola talk lagi..

Kegembiraan melihat pasukan pilihan aku,Sepanyol sebagai juara Piala Dunia masih terasa.Ramai orang hairan kan kenapa la aku ni minat sangat tengok bola,terutama kawan2 perempuan aku la.Aku meminati bola sepak sejak aku sekolah rendah lagi.Aku bukan sahaja minat menonton malah membaca tentang dunia bola sepak.


Suatu ketika dulu semasa aku masih di sekolah rendah aku sangat meminati pasukan negeri aku iaitu,Perak.Aku tahu semua nama pemain dalam pasukan.Aku siap ada buku scrap yg ada gambar semua pemain Perak.Kemudian aku ada jahit sendiri mini bendera negeri Perak dan memiliki cap pasukan negeri Perak.Bayangkanlah aku begitu meminati pasukan Perak & mengaguminya.Dalam tahun 90an sebenarnya ramai pemain Perak mewakili pasukan kebangsaaan.Antaranya Azizol Abu Hanifah,pemain kebangsaan yg sgt popular suatu ketika dulu.Pada masa tu Perak mempunyai ramai pemain berbakat & antara pasukan yang kuat dalam Liga Perdana.


Tetapi bayangkanlah perasaan seorang penyokong amat setia ni bila terjadinya tragedi dalam dunia bola sepak Malaysia.Dalam tahun awal 90an negara dihebohkan dengan kes ‘match fixing scandal’ melibatkan ramai pengadil dan pemain.Diantaranya termasuklah pemain2 dalam skuad negeri Perak.Pemain2 kesayangan & pujaan aku.Aku rasa sangat sangat kecewa dan sedih.Pemain yg selama ni aku sanjung & minati ( tak perlulah aku sebutkan nama mereka) rupanya mudah dibeli dan langsung tak pentingkan untuk menjaga prestij permainan itu sendiri.


Berasa sangat kecewa,selepas tu langsung dah aku tak ambil peduli pasal bola sepak lagi.Semasa di sekolah menengah memang aku tak ambil tahu pun pasal dunia bola sepak. Even,masa tahun 1998 final Piala Dunia antara Brazil & Perancis pun aku tak tengok dan tak ambil peduli Sehinggalah pada tahun 2002,semasa aku study di uia,minat aku kepada bola sepak kembali berputik..


Minat tu kembali tahu disebabkan apa? Kerana aku mempunyai dua kawan baik yg sgt2 hantu bola.Seorang meminati pasukan Itali seorang lagi minat pasukan England.Kelab pula sorang suka Kelab Itali, AC Milan sorang lagi suka Manchester United,kelab England.Aku pula suka team Real Madrid,Sepanyol. Bukan sikit2 suka bola kawan2 aku tu,lagi advance dari aku.Sebutlah semua pemain bola semua dia tau & segala info tentang dunia bola pun.Dan mereka tu bukannya lelaki tapi perempuan.


Jadi disebabkan ada kawan baik begini,minat aku kepada bola sepak tu pun datang kembali.Tapi kali ni bukan lagi kepada bola sepak tempatan tetapi kepada bola sepak antarabangsa.Mau taknya,hari2 aku jumpa best friend aku tu hari2 la juga dia bercerita pasal bola dan sebagainya.Bukan dia berdua je,malah kawan2 aku yg lain pun ada juga yg minat.Masing2 dengan team pilihan masing2.

No comments: