Wednesday, February 11, 2009

Al-Fatihah

Aku sangat mengantuk pagi ni.Drive pun dalam keadaan mengantuk.Semalam,aku tidur tak berapa nyenyak.Asyik sekejap2 terjaga,sekejap terjaga.Lepas tu badan jadi sgt letih sbb menangis & sgt sedih.Aku sgt terkejut,kejutan ini masih belum hilang.I need some time to be alone for a while.Aku teringat semua perkara,dari hari pertama aku mengenali abg ipar aku sehinggalah kali terakhir aku melihat dia di bilik mayat.Itulah kali petama aku memasuki bilik mayat.Rasa macam nak sakit jantung ketika mula2 nak masuk dalam tu.Aku mengurut2 dadaku.Aku seolah2 masih tidak percaya yg abg dikin sudah meninggal.Kini aku terpaksa berdepan dgn realiti,melihat mayatnya.


Mujur kak tess menemani aku masuk,sempat lihat sekejap sahaja sbb org dah nk mandikan dia.Memang dia,mmg itu adalah abg dikin.Now, I have to accept the reality.Sedikit-sedikit aku baru nak menerima,badan aku sebenarnya dah rasa lain
macam.Aku merasa badan aku dah seram sejuk.Aku tak nangis lagi masa tu,masih boleh layan kak tess sembang2.Aku tengok kakak aku,berpakaian serba hitam.Berjubah hitam & memakai kacamata hitam.Akak aku sebenarnya menyembunyikan segala kesedihannya disebalik pakaiannya itu.Orang tak nampak matanya yg bengkak disebabkan banyak menangis di sebalik kacamata hitam dia itu.Anyway,walau macammana pun akak aku masih boleh bertahan.She is a tough girl,even tougher than me.The girls born in my family all have this character.Aku sgt susah nk menangis depan org,aku selalunya menangis hanya ketika aku berseorangan.Itu bukan bermakna aku tidak sedih,aku menangis di dalam hati.Kalau aku menangis meraung di depan akak aku,mestilah dia lagi sedih.Dia pulak yg kena tenangkan aku karang,sepatutnya aku yg support dia.


Sekali lagi aku masuk ke bilik mayat bersama akak aku untuk menjirus air ke atas jenazah.Kali ini aku dapat melihatnya mayat abg dikin secara keseluruhan.Aku tak sanggup tengok lama2.I’m afraid I’ll broke down.Tak dapat digambarkan perasaan aku ketika itu.Tangan aku terketar2 ketika menjirus air ke atas jenazah arwah.Perasaan ketika berada di bilik mayat itu mmg tidak dapat digambarkan.Dengan baunya yg agak aneh sedikit,bau kapur barus rasenya.Sesiapa yg lemah semangat mmg tidak digalakkan masuk rasanya.Aku sempat melihat jenazah disembahyangkan di situ.Jenazah kemudiannya di bawa pulang ke kampung halaman abg dikin di Kg Gajah,Perak untuk disemadikan.Kak long dan mak & abah sudah berada di sana rasanya.

Aku tidak boleh bersembahyang,jadi tidak dapatlah membaca yasin utk arwah.Aku cuma sedekahkan al-Fatihah utk arwah tetapi diniatkan sebagai zikir ketika membacanya.Bukannya org yg ma’zurah tidak boleh membaca ayat al-Quran langsung,ada sesetengah ayat boleh dibaca tapi diniatkan sbg zikir.Itu bapa aku yg beritahu.Sepanjang malam tadi aku sangat sedih.Aku berbalas sms dgn liza,kemudiannya menelefon dia.Dalam telefon pun boleh menangis lagi bila ceritakan ttg arwah.Rupanya dia mahu lakukan sesuatu untuk akak aku sebelum dia pergi.Bila teringat tentang itu aku tak dapat menahan sebak.Arwah memanggil aku dgn panggilan ‘baby’.Rahsia aku pecah selepas ally menghantar kad raya ke rumah aku dgn menulis nama tu.Semenjak itu dia panggil aku dgn panggilan tu.Akibat asyik menangis mungkin badan aku terasa letih, kemudiannya aku tertidur.


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.Al-Fatihah..

2 comments:

kuizikel said...

al fatihah.. smoga arwah ditempatkan bsama2 org yg beriman.. Amin

LuNa said...

kui: thanks, dear :D