Tuesday, September 21, 2010

Cerita Ramadhan & Syawal 8

Salam Lebaran Dari Kejauhan

Sampai je kt Maluri on the way nak beli tiket,seorang yg aku sgt2 tak sangka2 akan telefon tiba2 menelefon aku.Aku agak tersentak bila tengok namanya kt skrin hp aku.Ada apakah2 ni,aku dah jadi risau pulak.Dalam masa yg sama aku serba salah nak angkat ke taknak angkat.Last2 aku angkat juga sebab takut ade hal emergency atau ape2 yg berlaku.

Dia cakap aku sgt sombong sekarang sebab dah lama tak bertanya khabar dia.Merungut dia kat aku.Aku cuma banyak dengar dia cakap je daripada aku bercakap,aku tak tahu nak cakap apeBukan aku taknak tanya khabar,tapi aku sgt risau sekiranya perbuatan aku tu bakal mengundang satu lagi masalah.Aku tak suka cari pasal & menimbulkan masalah kpd orang.

Sebenarnya aku rasa sgt sedih & bersalah selepas dia menelefon tu.Dia ajak datang rumah beraya,dia cakap pintu rumah dia sentiasa terbuka untuk aku,Aku iya2kan aje ape yg dia cakap tapi aku tahu aku memang tak dapat pegi ke rumah dia pun.So aku pun dah mintak maaf siap2 atas salah & silap aku sebab aku tahu aku takkan dapat berjumpa dia walau sebanyak mana pun aku rindu nak dengar dia berceloteh.Dia cakap dia dah maafkan walau ape jua kesalahan aku terhadap dia tanpa mengetahui aku ni bakal melakukan satu kesalahan terhadap dia.

Sangat2 mintak maaf,tiada daya untuk berbuat ape2.Maaf,aku tiada pilihan.Then aku terpaksa putuskan talian sebab aku nak beli tiket tren.Sepanjang di dalam tren tu aku berasa sebak je tapi aku cuma menahan.Sedih sebab terpaksa mengabaikan orang yg pernah berbuat baik pada aku.Aku masih kenangkan budi baik dia terhadap aku.M**** kalau ada rezeki suatu hari pasti kita akan pasti bertemu lagi.Luna tak pernah lupakan m****.Semoga m**** sentiasa sihat & gembira.Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari kejauhan.

No comments: