Friday, September 17, 2010

Cerita Ramadhan & Syawal 3

Hari menikmati juadah raya kegermaran aku sepuas2nya..

Ketika Syawal hampir menjelma,dalam hati aku berkata kenapa cepat sgt dah nak raya.Biarlah lambat lagi,aku belum bersedia lagi nak raya.Aku masih mahu menikmati bulan puasa.Aku sgt suka bulan puasa,ada sesuatu di bulan ini yg sgt istimewa.Suasananya adalah berbeza daripada bulan lain.

Seperti biasa di hari raya,aku bangun awal mandi sunat hari raya.Bersiap pakai baju & menikmati juadah raya bersama keluarga.Kemudiannya kami sekeluarga pergi sembahyang hari raya di surau berhampiran rumah aku.Tahun ni masih giliran abah mengimamkan solat sunat aidilfitri.Selesai solat kami sekeluarga menziarahi kubur arwah atuk & nenek sambil menyedekahkan bacaan al-Quran kepada mereka.Inilah rutin aku setiap kali raya.Suatu hari pun aku pasti akan mengikut jejak mereka di sana.

Balik ke rumah sepupu2 aku bersama suami &anak2 dtg beraya di rumah.Masanya utk memberi duit raya kpd anak2 sedara nih,anak2 sepupu aku pun dkira seperti anak sedara jugaklah.Diaorg pun panggil aku makcik.Kebetulan kakak aku beli kamera DSLR yg baru,ape lagi pulunlah aku mengambil gambar.Mengasah skill mengambil gambar nih,maklumlah dah ade beberapa org tok guru.Hahaha..Foto tu adalah satu kenangan bagi aku,jadi kita patut mengabadikan kenangan tu bersama2.

Kemudian aku pegi beraya ke rumah makcik aku,sebelah rumah je.Aku tak berapa gemar mkn kuih raya,yg aku banyak makan kerepek pisang je & ketupat2.Entah kenapa kepala aku sakit pulak di hari raya ni,jadi kemudiannya duduk saja baring kat rumah.

Petang tu mak ajak g rumah Tok Ngah kt Sg Baru,jadi gagahkan diri jugak la pergi.Ketika aku masih kanak2 setiap kali raya aku pasti akan mengayuh basikal ke rumah nenek di Sg Baru,hanya seberang jln rumah Tok Ngah je.Kini nenek pun dah tiada,hanya tinggal rumahnye je sbg kenangan tempat permainan aku ketika kecil.Teringat pula kpd arwah nenek aku, ketika hari raya dia pasti akan meyediakan tapai yg juga merupakan kegemaran aku.Sgt berjiwa org Banjar nih,or g Banjar setiap kali raya tapai adalah hidangan wajib.Dodol bukan hidangan wajib.

Arwah nenek sebelah abah pula hidangan wajib setiap kali raya adalah kuih lopeh yg merupakan kegemaran aku juga.Itu makanan tradisi famili setiap kali raya, tapi nampaknya mak pun tak menyambung tradisi ni.Aku lagilah memang sgt tak reti pun buat tapai & kuih lopeh ni.Mungkin satu hari aku patut belajar.Satu jenis kuih org Banjar yg aku sgt teringin belajar nak buat adalah ‘wadai kiping’.Sgt suka makan wadai ni.Dalam bhs org Banjar,wadai tu bermaksud kuih.

Kemudian,malamnya tu layan jelah anak2 sedara aku main bunga api & mercun.Aku pun tumpang main bunga ape sebatang dua. Esoknya pula nk bersiap sedia menyambut kunjungan 2 tetamu ke rumah.

No comments: